Translate

Follow Me

Search

Lokasi


Bagaimana untuk ke sini?

http://blog.calpinetech.com/wp-content/uploads/2013/07/1.png


Kuantan Seri Damai Guesthouse masih berada di kedudukan strategi walaupun berada di pinggiran Bandar Kuantan. 

Lokasi rumah tamu ini terletak berdekatan dengan laluan utama Jalan GAMBANG–KUANTAN dengan jarak perjalanan ke Bandar Kuantan kira-kira 12 km sahaja. Kira-kira 3 km ke lokasi, terletak KEM TENTERA BT. 10 dan TUDM  Jaya GadingBerdekatan dengan lokasi rumah tamu ini ada jejambat jalan pintasan Kuantan–Perlabuhan–K.Terengganu yang terletak di laluan utama tadi. 

Bagi anda yang menggunakan khidmat penerbangan untuk ke Kuantan, Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah terletak hanya kira-kira 5 km dari rumah tamu kami. Mercu tanda menunjukkan anda berada berhampiran lokasi kami adalah Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS) yang berada hanya 1 km dari rumah tamu. 

Sekolah ini berhampiran persimpangan dengan kawasan sekitar yang dilengkapi pelbagai kemudahan serta premis perniagaan dan institusi kewangan. Anda akan menikmati suasana Penginapan Damai Pinggiran Kuantan.



Created with Artisteer

0 ulasan:

Zikrullah